Ke mana arah ku
Hala tuju ku
Ke mana harus ku melangkah
Aku bingung
Riang gelak tawa bersama
Bantu aku
Hulur tangan mu
Dikala dulu
Keinginan
Kegembiraan
Kebanggaan
Untuk kita semua
Kini
Tiada lagi gelak tawa
Tiada lagi kata semangat
Tiada lagi pegangan tangan mu
Selamanya
Berkecamuk
Kosong
Berbelit
Menyendiri
Ya Tuhan aku mohon petunjuk
Agar dapat ku berdiri dengan kaki ku sendiri
Tunjukkan aku jalan
Murahkan rezeki ku
Lindungi aku.
Wednesday, November 05, 2014
Oleh Naimah Mohamed pada 10:01 PM 0 pendapat
Wednesday, July 16, 2014
Assalamualaikum.
Alhamdulillah.
Syukur nikmat Allah.
Aku anggap aku dah graduate dah sekarang.. or nak bunyik manis sikit, 'unofficially graduated' lah ye. hehe..
So dah habes degree. Degree Show still on going till this Sunday. How to say ahh... aaaa I just wanna cry. Everything going to end soon! :(
Going to miss everything. I mean everything, like every single thing, especially my classmates.
And yeah, while I'm writing this, Kamil updating his cover photo and like the old picture of us together during Semester 5.
Oleh Naimah Mohamed pada 3:50 AM 0 pendapat
Monday, June 30, 2014
Assalamualaikum.
Salam Ramadhan.
You don't care. You lazy. You don't care. You lazy. You don't care again. And you really don't care. Are you serious dude?
Pure evil and fun moment?
You think this is funny? Is this funny? Really? Naaahh.
I hope you're just stress with the assignment and all stuff. I hope.
Lets just stop contacting each other. Oh, no. I think I'm the one who contact you. Just stop Naimah, for a short period time. Wait until all of this shit settle down. Then, let see will you still be that 'pure evil', because I hope you're not.
Oleh Naimah Mohamed pada 4:28 AM 0 pendapat
Wednesday, June 18, 2014
Assalamualaikum wbt.
Degree Show is just around the corner and I'm getting weak, I know, yes don't give up. But, I think I kinda lost my passion in this field. I can't find myself, where I am now? But I shouldn't think negative right. I have to remember and think why I'm here, how I'm getting here, I am the only one who know the answer. This is the path that I choose, I have to face it and don't ever looking back, go straight.
I don't know why I've lost my focus. Sometimes I felt useless, I can't even do anything. I don't know how to do this and that while I've learned that. Hopeless. :\
I hope this feeling will go far far away as I don't want to think about it all the time. Well, such an over-thinking I am. I have so many things to do and need to settled down in just 2 weeks! It is really a short period time actually, yes very and I am scared, damn scared beybeyyhh..
Ramadhan is coming in just 10 days. I'm not ready! Well I shouldn't say that right.. I should be thankful as there are more work to do and less eat are better rather than now, a lot of work and all I think is eat eat eat non-stop. 'Moga Ramadhan ini membawa berkat kepada diriku' :)
Oleh Naimah Mohamed pada 11:15 PM 0 pendapat
Tuesday, June 03, 2014
Assalamualaikum
Oleh Naimah Mohamed pada 2:09 AM 0 pendapat
Wednesday, April 30, 2014
Apa perasaan kau, bila kau tengah pulun buat final project kau yang kau dah lama plan, and at the middle of the semester kau nampak ada orang yang jauh nun di sana, yang kau mmg langsung tak communicate, buat the same concept of the project dengan apa yang kau buat sekarang. Dan dia menang competition. Tak kelakar weyy. Sama sangat masalahnya weyy... haaaa... Aku taktau sekarang ni macam mana nak berhadapan dengan semua ni. Sebab aku taknak nanti orang tengok project aku, then si polan dan si polan akan cakap "ehh kau punye ni macam dia ni dia ni bla bla.. same laa bla bla" tahi lembu weh. Boleh bunuh diri sekarang.
Oleh Naimah Mohamed pada 11:11 PM 0 pendapat
Sunday, April 27, 2014
Assalamualaikum.
Allahuakbar.
Aku masih belum jumpa. Belum jumpa apa ada pada diri aku. Aku masih cuba berusaha mencari. Tapi aku rasa usaha aku tidak cukup. Tidak cukup gigih. Bagaimana aku hendak mencari kegigihan tersebut?
Harini aku meluangkan masa dengan seorang rakan. Yang pada aku beliau seorang yang banyak ilmu, yang tidak kurang hebatnya. Aku tenang berbicara dengan orang seperti dia, orang yang punya bermacam pengalaman. Pernah juga dengan beberapa orang sebelum ini. Lelaki. Ye semuanya lelaki. Pada aku lelaki ini fikirannya lebih terbuka. Kerana mereka mengejar karier. Dan pada aku lelaki gemar meng-'explore'. Dan itu yang mereka selalu dan suka berkongsi. Aku suka dengar. Tapi aku selalu bertanya pada diri aku, bagaimana mereka si Adam ini sentiasa ada perasaan 'nak tahu'. Selagi belum dapat jawapannya, selagi itu la mereka tidak berhenti mencuba. Ye tidak pernah berhenti mencuba. Tidak putus asa. Itu yang aku suka pada lelaki.
Mendengar cerita apa yang mereka lakukan. Pada aku, ia bagaikan mengetuk dan membuka minda ku, kerana aku mahu keluar dari kotak ini. Kadang aku terasa terperangkap dalam kotak yang kian berhabuk ini. Semoga Allah tunjukkan jalan ke pintu rezeki dan jalan kebahagiaan aku.
Di dunia ni, satu je tujuan nya, cari. Cari yang pelbagai kategorinya. Mencari keredhaan Allah? Mencari kebahagiaan hidup? Mencari apakah kebesaran Allah? Mencari bagaimana kejadian manusia? Galaksi? Haiwan? Dasar laut? Subhanallah. Banyak sungguh kalau nak disenaraikan. Terlalu banyak tanda tanya di bumi Allah ini, maka kite kena cari. Iye, cari. Carilah hingga ke lubang cacing, sekecil zarah sekalipon. Setiap persoalan pasti ada jawapannya. Wallahualam.
Pernah tak kite tanya pada diri sendiri. Apa kita kenalkah siapa diri kita? Dari mana asalnya? Cukupkah dengan apa yang kita ada? Sudah bahagia kah kita?
Allahuakbar.
Ya Allah berilah kekuatan pada diri aku untuk sentiasa mencari. Mencari sesuatu yang pasti. Mencari apakah diri ini layak berasa kebahagiaan duniawi, jangan pula aku dilalaikan. Aku belum puas didunia ini. Aku belum jumpa apa yang aku inginkan. Aku belum jumpa dimana jalannya. Pencarian aku ini aku kira belum lagi sampai ke pertengahannya. Permudahkan lah Ya Allah. Sesungguhnya Engkau lah yang menentukan segalanya.
Oleh Naimah Mohamed pada 2:42 AM 0 pendapat
Sunday, March 23, 2014
Umrah
Assalamualaikum wbt.
Syukur ke hadrat Illahi ke atas nikmat yang diberi. Alhamdulillah di usia muda ini, telah dipanggil Allah SWT untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Subhanallah. Tiada satu perkataan pun yang dapat diungkapkan untuk mencerminkan keindahan Tanah Suci, segala pujian hanyalah bagi Allah.
Aku bersama mak dan ayah ke sana, dimulakan dengan tempat Rasulullah s.a.w, Madinah al Munawwarah. Alhamdulillah. Gembira nya hati tak terkata dapat melihat bumi suci ini. Mengambil masa selama 5 hari di Madinah dan 5 hari lagi di Makkah. Setiap langkah kaki yang dilakukan sangat lah bermakna, sangat bersyukur kerana dapat menjejakkan kaki di sana, Alhamdulillah. Setiap benda sehingga sehalus habuk yang dilihat dengan mata ini sangat indah, sangat bererti, Subhanallah.
Ini adalah kali kedua menjejakkan kaki di Tanah Suci selepas belasan tahun yang lalu, ketika berumur 4 atau 5 tahun. Masih kecil, tidak mengerti apa yang berlaku di sekeliling. Apa yang aku ingat, aku berpeluang mencium Hajrul Aswad ketika itu. Alhamdulillah. Perkara yang pasti aku tidak akan lupa sepanjang hayat ku.
Madinah al Munawarah
Di kota Madinah ini tempat turunnya wahyu2 Allah. Terpelihara daripada Dajjal. Penduduknya dijamin mendapat syafaat Nabi saw. Negeri terakhir yang akan ditimpa binasa bila tiba kiamat. Bukit Uhud adalah antara bukit syurga. Raudhah adalah antara kebun syurga. Kurma Ajwa adalah kurma dari syurga. Solat di dalam Masjid Nabawi adalah lebih baik drpd seribu solat pada masjid lain kecuali Masjidil Haram. Di dalam Masjid Nabawi terdapat perkuburan iaitu kubur Rasulullah saw, dan dua orang sahabat baginda, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar.
Pertama kali menjejakkan kaki di Masjid Nabawi. Subhanallah. Diri ini terasa sungguh dekat dengan Allah SWT, terasa dekat sungguh dengan Nabi Muhammad saw dan para sahabatnya. Aku merasa sungguh kecil berada di sana, kecil seperti semut, hamba yang lemah, tetapi aku merasa kan diri aku sungguh selamat berada di situ dan menjadi kuat dan sangat bersemangat untuk mengejar ibadah di sana, untuk mendapat keredhaan Allah.
Aku memerhati, kiri kanan depan belakang, melihat orang dari pelbagai negara, bangsa dan budaya yang berbeza tetapi hanya satu sahaja yang kita semua kejar, ingin kan, hanya satu, keampunan dari Allah SWT. Ada yang termenung, ada yang membaca Quran tanpa henti, ada yang memegang tasbih, ada yang mulut nya terkumat kamit berselawat, ada yang menadah tangan memohon doa tanpa henti sehingga berderai air mata, ada yang bersujud lamanya, bermacam lagi yang apabila kita melihat mereka kita merasa insaf dan secara automatik aku terkenang kan diri aku sewaktu di tanah air ku, mereka disini berpusu-pusu, berebut-rebut mencari keredhaan Allah, memohon diampuni dosa2 yang dilakukan.. Tapi aku, kenapa aku tidak menjadi seperti mereka, aku sibuk dengan hal duniawi, sehingga perkara sebegini aku membuat nya sambil lewa, dalam kata lain asalkan buat. Tapi tidak mereka, mereka sungguh khusyuk dalam segala hal yang mereka buat. Allahuakbar. Sesungguhnya Islam ini terlalu indah, ia akan bertambah indah jika kita lakukan dengan sepenuh hati, dengan hati yang sungguh ikhlas, InsyaAllah diri akan terasa sungguh tenang yang tidak terkata.
Secara jujur nya, pengetahuan sejarah Islam aku tak lah banyak mana, dan disini aku banyak sangat belajar, tambahan dengan bed story mak aku setiap hari, so ianya sangat lah membuka minda membuka mata.. :))
Kemudian, setibanya aku di dalam Masjid Nabawi, aku mengajak Mak ke Makam Rasulullah, dan ke Raudhah yang terletak bersebelahan dgn makan Nabi, tempat ini sangat lah digalakkan untuk beribadah di situ dan memperbanyakkan doa kepada Allah. InsyaAllah.
Tetapi tidak lah seperti yang disangka dan semudah itu untuk masuk ke tempat yang sungguh mulia itu. Bagi wanita, hanya 3 masa sahaja pintu dibuka. Selepas Subuh, Zohor dan Isya'. Dan untuk lelaki 24 jam. Seronok aku dengar apabila Ayah cakap, Ayah dapat tidur di Raudhah itu, kebun syurga. Subhanallah. Kemudian, aku dn Mak menunggu pintu pertama dibuka, kmi dibahagikan by country. Kita akan digabung kan bersama Indonesia, dan yang lain ada India, Turki, Uzbekistan, Arab, Iran, dan bermacam lagi. Kemudian mereka akan melepaskan group by group sementara itu, khutbah akan diberikan pada kami. Alhamdulillah banyak dapat ilmu, seperti mukjizat solat jenazah, dan kenapa Imam rukuk, sujud, tahiyat akhir mengambil masa yang lama.
Kalau kita solat jenazah, InsyaAllah pahalanya sebanyak Bukit Uhud dan jika kita ikut mengusung, memegang jenazah tersebut pahalanya sebanyak 2 Bukit Uhud, tetapi ini hanya bagi lelaki sahaja. Dan tentang rukuk, sujud dan tahiyat terakhir tu pula, kadang2 kita sudah habis membaca lama, tapi Imam masih tidak takbir atau menucapkan salam, ini kerana Imam sedang berdoa, berdoa di dalam solat. Allahuakbar.
Kemudian, setelah berpusu-pusu ke Raudhah, Subhanallah, jumlah manusia yang ramai tidak terkata, masing2 berebut menolak sesama sendiri untuk menunaikan solat sunat di Raudhah. Aku risaukan Mak, aku taknak mak aku disakiti ditolak, kerana mereka semua baka badan yang besar2, sakit kalau ditolak. Aku cakap kita solat di hujung situ sahaja lah. Tak mengapa lah kita tidak dapat solat di Raudhah, asalkan kita selamat dan dapat solat yang berhampiran dengan Raudhah pon dah Alhamdulillah.
Keesokan harinya, ada kawan memberitahu mereka dapat solat di Raudhah dengan sangat tenang. Maka aku rasa sangat teringin lagi ke Raudhah untuk solat sunat di situ, betul2 di tempat Raudhah. Kalau mereka dapat solat di situ, kenapa aku tidak, dan andai mak tak larat, aku sanggup pergi berseorangan. Tapi Mak ikut juga. Kemudian untuk kali kedua masuk ke Raudhah, Alhamdulillah, dalam keadaan yang sangat kelamkabut, panik, orang menolak, berebut, tiba-tiba ada sekumpulan Indonesia memanggil kami, mereka bekerjasama membuat bulatan dan di tgh nya kita solat, "Ibu! Ibu! Cepat solat! Masuk sini, solat!" Aku mendahulukan mak aku. Aku di luar bulatan tersebut, menunggu giliran, kemudian aku melihat keliling, entah secara tiba2 aku tengok tempat yang aku berdiri tu sangat lapang, cukupp ruang untuk aku solat sunat. Maka aku bergegas menunaikan solat sunat di Raudhah. ALHAMDULILLAH, Syukur yang tidak terkata, hajat aku tercapai untuk solat sunat di Raudhah, antara kebun di syurga. Juga dapat mungucap Assalamualaikum kepada Nabi dan para sahabatnya dengan dekat.
- Bukit Uhud. (Bukit syurga)
Tempat yang suatu masa dahulu berlakunya peperangan yang sangat dasyat. Boleh google sendiri sejarah dia ya. :)
- Masjid Quba
- Perkuburan Baqi'
Then ada jugak pergi Masjid dua kiblat, tapi ini lalu je, tak sempat menikmati pon. :(
Dan next next day ada jugak yang group aku pergi berziarah tempat lain macam Mina dan Gua Thur and ade a few tempat yang lain. Tapi aku dengan mak dengan ayah tak ikut, sebab, aku ni jaga mak aku, takkan aku nak ikutkan hati ikut diorang dan tinggalkan mak, bukan ke syurga itu di bawah tapak kaki ibu. And I dont feel regret at all. :) So here enjoy the pictures yang aku sempat ambek sepanjang kami ada kat Madina.
Akhir kata, aku sangat bersyukur. Moga apa yang aku dapat di tanah haram ini, segala apa yang aku nampak, apa yang aku rasa, dapat aku simpan sampai bila2.. Aku harap aku akan dipanggil lagi ke sana, dekat dengan Allah. Aku punye impian untuk kumpul duit untuk menunaikan Haji. Aku nak menunaikan haji dahulu kemudian baru aku akan fikir untuk travel bersuka ria. After what i have experienced aku taknak pergi Haji di usia tua. Andai ketika menunaikan Umrah ini, badan rasa sungguh letih, apatah lagi ketika menunaikan Haji, mesti lagi sangat letih.. Dan kalau ketika ini jumlah orang yang sangat ramai, apalagi ketika Haji, mesti sangat bertambah ramai juga. Maka aku berdoa dan memohon agar aku dimurahkan rezeki. Moga segala apa yang dilakukan diredhai dan diberkati Allah. Amin.
Sekian.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca pengalaman ku ini.
Oleh Naimah Mohamed pada 7:33 PM 1 pendapat


