Assalamualaikum wbt.
Syukur ke hadrat Illahi ke atas nikmat yang diberi. Alhamdulillah di usia muda ini, telah dipanggil Allah SWT untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Subhanallah. Tiada satu perkataan pun yang dapat diungkapkan untuk mencerminkan keindahan Tanah Suci, segala pujian hanyalah bagi Allah.
Aku bersama mak dan ayah ke sana, dimulakan dengan tempat Rasulullah s.a.w, Madinah al Munawwarah. Alhamdulillah. Gembira nya hati tak terkata dapat melihat bumi suci ini. Mengambil masa selama 5 hari di Madinah dan 5 hari lagi di Makkah. Setiap langkah kaki yang dilakukan sangat lah bermakna, sangat bersyukur kerana dapat menjejakkan kaki di sana, Alhamdulillah. Setiap benda sehingga sehalus habuk yang dilihat dengan mata ini sangat indah, sangat bererti, Subhanallah.
Ini adalah kali kedua menjejakkan kaki di Tanah Suci selepas belasan tahun yang lalu, ketika berumur 4 atau 5 tahun. Masih kecil, tidak mengerti apa yang berlaku di sekeliling. Apa yang aku ingat, aku berpeluang mencium Hajrul Aswad ketika itu. Alhamdulillah. Perkara yang pasti aku tidak akan lupa sepanjang hayat ku.
Madinah al Munawarah
Di kota Madinah ini tempat turunnya wahyu2 Allah. Terpelihara daripada Dajjal. Penduduknya dijamin mendapat syafaat Nabi saw. Negeri terakhir yang akan ditimpa binasa bila tiba kiamat. Bukit Uhud adalah antara bukit syurga. Raudhah adalah antara kebun syurga. Kurma Ajwa adalah kurma dari syurga. Solat di dalam Masjid Nabawi adalah lebih baik drpd seribu solat pada masjid lain kecuali Masjidil Haram. Di dalam Masjid Nabawi terdapat perkuburan iaitu kubur Rasulullah saw, dan dua orang sahabat baginda, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar.

Pertama kali menjejakkan kaki di Masjid Nabawi. Subhanallah. Diri ini terasa sungguh dekat dengan Allah SWT, terasa dekat sungguh dengan Nabi Muhammad saw dan para sahabatnya. Aku merasa sungguh kecil berada di sana, kecil seperti semut, hamba yang lemah, tetapi aku merasa kan diri aku sungguh selamat berada di situ dan menjadi kuat dan sangat bersemangat untuk mengejar ibadah di sana, untuk mendapat keredhaan Allah.
Aku memerhati, kiri kanan depan belakang, melihat orang dari pelbagai negara, bangsa dan budaya yang berbeza tetapi hanya satu sahaja yang kita semua kejar, ingin kan, hanya satu, keampunan dari Allah SWT. Ada yang termenung, ada yang membaca Quran tanpa henti, ada yang memegang tasbih, ada yang mulut nya terkumat kamit berselawat, ada yang menadah tangan memohon doa tanpa henti sehingga berderai air mata, ada yang bersujud lamanya, bermacam lagi yang apabila kita melihat mereka kita merasa insaf dan secara automatik aku terkenang kan diri aku sewaktu di tanah air ku, mereka disini berpusu-pusu, berebut-rebut mencari keredhaan Allah, memohon diampuni dosa2 yang dilakukan.. Tapi aku, kenapa aku tidak menjadi seperti mereka, aku sibuk dengan hal duniawi, sehingga perkara sebegini aku membuat nya sambil lewa, dalam kata lain asalkan buat. Tapi tidak mereka, mereka sungguh khusyuk dalam segala hal yang mereka buat. Allahuakbar. Sesungguhnya Islam ini terlalu indah, ia akan bertambah indah jika kita lakukan dengan sepenuh hati, dengan hati yang sungguh ikhlas, InsyaAllah diri akan terasa sungguh tenang yang tidak terkata.
Secara jujur nya, pengetahuan sejarah Islam aku tak lah banyak mana, dan disini aku banyak sangat belajar, tambahan dengan bed story mak aku setiap hari, so ianya sangat lah membuka minda membuka mata.. :))
Kemudian, setibanya aku di dalam Masjid Nabawi, aku mengajak Mak ke Makam Rasulullah, dan ke Raudhah yang terletak bersebelahan dgn makan Nabi, tempat ini sangat lah digalakkan untuk beribadah di situ dan memperbanyakkan doa kepada Allah. InsyaAllah.
Tetapi tidak lah seperti yang disangka dan semudah itu untuk masuk ke tempat yang sungguh mulia itu. Bagi wanita, hanya 3 masa sahaja pintu dibuka. Selepas Subuh, Zohor dan Isya'. Dan untuk lelaki 24 jam. Seronok aku dengar apabila Ayah cakap, Ayah dapat tidur di Raudhah itu, kebun syurga. Subhanallah. Kemudian, aku dn Mak menunggu pintu pertama dibuka, kmi dibahagikan by country. Kita akan digabung kan bersama Indonesia, dan yang lain ada India, Turki, Uzbekistan, Arab, Iran, dan bermacam lagi. Kemudian mereka akan melepaskan group by group sementara itu, khutbah akan diberikan pada kami. Alhamdulillah banyak dapat ilmu, seperti mukjizat solat jenazah, dan kenapa Imam rukuk, sujud, tahiyat akhir mengambil masa yang lama.
Kalau kita solat jenazah, InsyaAllah pahalanya sebanyak Bukit Uhud dan jika kita ikut mengusung, memegang jenazah tersebut pahalanya sebanyak 2 Bukit Uhud, tetapi ini hanya bagi lelaki sahaja. Dan tentang rukuk, sujud dan tahiyat terakhir tu pula, kadang2 kita sudah habis membaca lama, tapi Imam masih tidak takbir atau menucapkan salam, ini kerana Imam sedang berdoa, berdoa di dalam solat. Allahuakbar.
Kemudian, setelah berpusu-pusu ke Raudhah, Subhanallah, jumlah manusia yang ramai tidak terkata, masing2 berebut menolak sesama sendiri untuk menunaikan solat sunat di Raudhah. Aku risaukan Mak, aku taknak mak aku disakiti ditolak, kerana mereka semua baka badan yang besar2, sakit kalau ditolak. Aku cakap kita solat di hujung situ sahaja lah. Tak mengapa lah kita tidak dapat solat di Raudhah, asalkan kita selamat dan dapat solat yang berhampiran dengan Raudhah pon dah Alhamdulillah.
Keesokan harinya, ada kawan memberitahu mereka dapat solat di Raudhah dengan sangat tenang. Maka aku rasa sangat teringin lagi ke Raudhah untuk solat sunat di situ, betul2 di tempat Raudhah. Kalau mereka dapat solat di situ, kenapa aku tidak, dan andai mak tak larat, aku sanggup pergi berseorangan. Tapi Mak ikut juga. Kemudian untuk kali kedua masuk ke Raudhah, Alhamdulillah, dalam keadaan yang sangat kelamkabut, panik, orang menolak, berebut, tiba-tiba ada sekumpulan Indonesia memanggil kami, mereka bekerjasama membuat bulatan dan di tgh nya kita solat, "Ibu! Ibu! Cepat solat! Masuk sini, solat!" Aku mendahulukan mak aku. Aku di luar bulatan tersebut, menunggu giliran, kemudian aku melihat keliling, entah secara tiba2 aku tengok tempat yang aku berdiri tu sangat lapang, cukupp ruang untuk aku solat sunat. Maka aku bergegas menunaikan solat sunat di Raudhah. ALHAMDULILLAH, Syukur yang tidak terkata, hajat aku tercapai untuk solat sunat di Raudhah, antara kebun di syurga. Juga dapat mungucap Assalamualaikum kepada Nabi dan para sahabatnya dengan dekat.
- Bukit Uhud. (Bukit syurga)
Tempat yang suatu masa dahulu berlakunya peperangan yang sangat dasyat. Boleh google sendiri sejarah dia ya. :)
Menziarahi di sini, Subhanallah, walaupun tiada tumbuhan hijau sekalipun, MasyaAllah, sangat cantik. Di Tanah Arab ni banyak bukit, bukit yang berasaskan batu. Batu yang kalau kita tengok, andai kita ketuk dengan kapak dengan tukul sekalipun, aku rasa alat memukul tu yang hancur, yang patah, bukan batu tu..
Dan yang bukit kecik ni, yang orang mendaki ni, tak pasti sama ada dia dalam golongan Uhud jugak ke tak. And tanpa melepaskan peluang aku turut naik jugak la, tapi tak sampai puncak dia la, half je, sebab orang berebut nak naik, so untuk keselamatan, naik sampai mana yang mampu saje. :)
Di samping itu ada jugak yang sempat meninggalkan mark laa en, tulis nama ape suma. cliche la kann.. hehe.. but im not. rasa macam jahat menconteng segala benda kat sini. sebab ada dalam buku kita dilarang, membunuh binatang, tebang pokong etc. so lebih baik jangan buat apa2, takut nanti dimurkai Allah pula.
Gambar ni dah naik bukit kecik tu.. It quite scary sebab ada sikit cerun. Or mungkin aku tersilap tempat, naik bahagian yang cerun. hehe.
Yang ini time on the way to Bukit Uhud.
Then pergi Masjid Quba'. Masjid ni adalah masjid pertama yang dibina di dalam Islam. Dan barangsiapa yang berwudhu di tempat penginapan, kemudian pergi bersolat di masjid ini (apa jenis solat sekalipon, wallahualam), dia akan mendapat pahala satu umrah. Subhanallah.
sorry gambar kurang jelas sebab ambek from bas.
Perkuburan ni adalah untuk penduduk Madinah dan sesiapa yang meninggal di Madinah. Ayah cakap, kat sini ramai para syuhada' dikebumikan. Dalam buku tulis, perkuburan Baqi' ini adalah tanah perkuburan yang paling baik sekali. MasyaAllah. Terletak di sebelah Masjid Nabawi sahaja, Tapi perempuan tak dibenarkan masuk, hanya lelaki sahaja. Mungkin sebab perempuan ni terlalu emosional sangat kot, itu sebab depa tak kasi.
Takde gambar, sebab tak clear, plus i dont think it is nice to put gambar kubur, kan?
Then ada jugak pergi Masjid dua kiblat, tapi ini lalu je, tak sempat menikmati pon. :(
Dan next next day ada jugak yang group aku pergi berziarah tempat lain macam Mina dan Gua Thur and ade a few tempat yang lain. Tapi aku dengan mak dengan ayah tak ikut, sebab, aku ni jaga mak aku, takkan aku nak ikutkan hati ikut diorang dan tinggalkan mak, bukan ke syurga itu di bawah tapak kaki ibu. And I dont feel regret at all. :) So here enjoy the pictures yang aku sempat ambek sepanjang kami ada kat Madina.
Salah satu pintu masuk ke dalam Masjid Nabawi
Tak pasti ini bangunan apa, tapi aku suka sangat ukiran dia.
Ladang tamar. Tapi mahal sikit kat sini.
Subway. ;D
Dekat sini, bekalan air diorang buat macam ni. Diorang takde sistem macam kita paip bawah tanah. Satu hari lori air ni aku rasa datang dalam 3 4 kali kott.. rasanya lah.
At night
Yang itu tong air zam zam.
Salah satu pintu keluar dari perkarangan Masjid Nabawi
Orang berniaga
Mostly, apa yang aku suka pasal bandar ni adalah, building dia, setiap building mesti ada ukiran Islamik. Sangat cantik.
Makkah al Mukaramah
Tiba masanya untuk bertolak ke Makkah. Masa dalam bas, ya Allah, hati ni sangat berdebar, taktau lah kenapa. Dalam fikiran ni macam2, aku ni layak ke pijak di tanah haram Makkah tu? aku ni hamba yang banyak buat dosa, Allah akan ampunkan aku ke? Ya Allah.. memang takut sangat, aku kadang-kadang selalu bayangkan, sempat ke aku ni nak pijak di bumi Makkah? andai Allah tarik nyawa aku masa tu juga macam mana? Astaghfirullahalazim. Memang benda2 pelik dibayangkan.
Sejak sampai, ada persoalan yang bermain dalam kepala aku, kenapa dipanggil Tanah Haram? And time dalam perjalanan, ada sign board tulis "Haram ends here", something like that la. So aku baca buku, aku ringkas kan, "zaman dahulu, Nabi Adam mohon doa supaya dilindungi Allah dari godaan syaitan sebab tak mahu peristiwa di syurga berulang lgi. Dan, Allah telah memperkenankan doa Nabi Adam, dan mengutuskan beberapa malaikat utk mengepung semua pintu masuk ke kota Mekah bg mghalang syaitan drpd memasukinya. Menurut satu riwayat, kwasan yg dikepong oleh malaikat tersebutlah djadikn kawasan Tanah Haram Mekah sekarang ini." Jadi aku rasa this explains everything. And there is no kafir of course, no dogs or benda2 yang haram, memang semua suci, same jugak macam kat Madinah
Lepas bertolak dari Madina, semua dah bersiap dengan pakaian Ihram masing-masing. Sebab amek Miqat kat Bir Ali. Miqat ni apa yg aku paham, ianya niat untuk Umrah (betulkan aku kalau aku salah). Miqat ni kene amek kat luar dari tanah haram, dipanggil tanah halal, so kiranya after kita dah selesai buat satu Umrah, dan nak buat lagi umrah, kita kene pegi tanah halal untuk amek Miqat then masuk balik ke tanah haram mekah untuk menunaikan umrah. Kalau dari Madina, amek Miqat di Baitul Ali, dan kalau kita nak buat kali kedua, miqat nya di Tana'im ataupon Jakranah. Aku pegi yang Tana'im sebab tu paling dekat, sebab kitorang pegi sendiri naik van teksi yang tepi2 jalan tu. Tapi kalau ikut kan pahalanya lagi besar kalau kita amek Miqat kat Jakranah. Dan setelah kita dah niat, kita dah dalam berihram, dan banyak pantang larang nya ketika dalam ihram ni, Contohnya, kita tak boleh memakai apa2 wangi wangian termasuk mandi sabun badan, gosok gigi, tak boleh cabut rambut dengan sengaja, potong kuku, memakai minyak, memakia sarung tangan dan banyak lagi. Kalau lelaki pulak, diorang mmg kene pakai pakaian ihram tu di mana sahaja, pakaian dalam pon tak boleh, andai dia amek keputusan untuk berehat sebentar sblm buat tawaf dan saie', dia tak boleh tanggalkan pakaian ihram tu.. dia kene tidur dgn pakaian ihram tersebut.
So sampai kat Kota Mekah tengah malam selepas perjalanan dari Kota Madinah yang mengambil masa lebh kurang 5 jam, kami buat keputusan berehat dlu, esok Subuh baru buat Tawaf and saie'.
Perlahan-lahan aku menjejakkan kaki masuk ke Masjidil Haram, debaran aku masih tak hilang, setiap kali aku melangkah masuk ke Masjidil Haram, dan setiap kali aku melangkah untuk melihat Kaabah dengan lebih dekat, Ya Allah, sangat berdebar, aku rasa macam nak jumpa pakwee yang hensemmm gileee... Allahuakbar, tapi mmg sgt nervous. And bila Kaabah tu dah depan mata kau, ya Allah, lega sangat hati. Tahu tak korang, setiap kali kita melihat Kaabah, kita dapat pahala. Betapa indahnya Islam ni. Subhanallah.
Alhamdulillah, aku bersyukur sangat-sangat sebab untuk umrah yang kali pertama kami buat ni, orang tak ramai, sangat clear, rasa sangat tenang buat tawaf sambil baca doa. So bila dah berada dekat dengan Kaabah tu, and dah masuk bulatan untuk buat tawaf, aku baca doa untuk tawaf pertama sambil mata intai-intai tengok keindahan Kaabah. Aku rasa aku mimpi, aku rasa aku berada di awang-awangan, dan bila aku tersedar this is reality.... ya Allah menangis aku tengok Kaabah. Its like.. this is so beautiful. Subhanallah. Nikmat yang aku dapat ni tak ternilai, and im here in front of Kaabah, ya Allah, sangat gembira hati ni dapat melihat Kaabah depan mata sendiri, sangat dekat. Berdiri di hadapan Kaabah bersama syurga aku, ibu dan ayah aku. Allahuakbar.
Dan Makam Ibrahim jugak, aku nak tengok, sbb ada kesan tapak kaki nya ketika membina Baitullah. Tapi mak tak kasi, sebab kat situ kata mak diorang letak wangi wangian, so takut terkena wangian tersebut dan tak pasal2 nnt terbatal pulak umrah aku.
Lepas habes 7 tawaf, kami pergi saie' pulak. Dari Bukit Safa ke Bukit Marwah, sebanyak 7 kali juga. Kalau yang untuk saie' ni, penat sikit berbanding tawaf, sebab jauh sikit. Kesian tengok mak dan Ayah. Ada sampai satu tahap tu, ayah langsung tak larat jalan, sbb tulang pinggul sakit.. And mak pon same, mmg masing2 tak larat jalan. :( Aku sedih sangat until one time rasa nk nangis and memang masa tu aku doa banyak2 untuk mak dan ayah je semoga diberikan kesihatan dan dipermudahkan menunaikan ibadah ini.
Tapi Alhamdulillah aku dapat buat Umrah 3 kali dan Mak pulak 2 kali umrah untuk diri sendiri, dan satu umrah untuk arwah kakak. Besar pahalanya menunaikan umrah untuk org yang dah meninggal. Kalau tak silap pahala nya, sama seperti 7 kali Umrah bersamaan pahala kita buat Haji.. Wallahualam (betulkan aku kalau aku silap)... And kalau kita menunaikan sendiri umrah tu 7 kali pon, kita juga akan dapat pahala haji tersebut. Allahuakbar.
Tapi untuk Umrah yang kali terakhir tu, untuk saie' aku bawak mak dengan ayah untuk naik scooter sewa, dia macam kerusi roda jugak, tp yg automatik punye, pakai engine. Alhamdlillah seronok aku tgk mak ngan ayah happy naik scooter tu.
Kalau korang tanya aku dapat cium Hajrul Aswad tak? Aku dapat pegang Kaabah tak? Aku dapat solat di Hijir Ismail tak? Teringin sekali aku pergi mendekati semua itu, tapi orang terlalu ramai yang sampai kita rasa ianya sangat mustahil untuk aku sebagi perempuan mendekati semua tu. Sebab orang menjadi selfish tolak sana sini untuk mendapat apa yang dimahukan. And barisan depan semua adalah lelaki, and if aku pegi jugak, ia sangat senang untuk aku ditolak jatuh tersungkur, dan boleh kene pijak sampai mati oleh pak arab dan mereka yg berbadan sasa yg besar2...
Dan ada one time tu tengah tawaf, orang sangattttt ramai until ur body ni terlekap each other dpn blakang kiri kanan and sampai u cnt touch ur feet on the ground. Bergelombang, terangkat badan kauu weh.. That is the most scaryy moment... Aku hampir terpisah dengan mak and aku sangat nak nangis until me and mak menjerit Allahuakbar mohon dipermudahkan ibadah kami ini... Sangat takuut. And i even cant sleep that night :(
Masa kat sana ada berita tergempar, dari agensi lain, orang Malaysia jugak. Dengarnya, ada makcik/pakcik hilang. Dah sampai seminggu tak jumpa-jumpa juga. Dan aku tak tau akhirnya jumpa ke tak. And that is so sad.. so scaryy.. Mak cakap, memang selalu orang banyak hilang situ, because sana sangat crowded yang u cant even imagine. Kene rasa sendiri baru tahu betapa takut nye. And ada Makcik tu cerita anak lelaki dia nak cium Hajrul Aswad, 4 5 jam tunggu untuk dapatkan saf pertama depan Kaabah, and bila masanya tiba, berebut yang sangat berebut, until kaki dia berdarah. But Alhamdulillah dia dapat jugak cium Hajrul Aswad tu. Seronok aku dengar.
Dekat Mekah tak banyak berhijrah sangat, sebab bila kita dah selesai satu umrah, kita jadi sangat letih and we only want to rest until kita dah cukup energy untuk buat umrah lagi. So macam tak sempat nk pergi mana2.. Ada la agency bawak pegi ziarah2.. tapi kitorang yang tak ikut due to kesihatan mak dan ayah yang tidak mengizinkan. Sebab kat sini kita kene utamakan kesihatan. Kalau kita paksa diri buat itu buat ini, kite akan extremly tired and tak psal2 langsung kita tak boleh buat apa2, so taknak lah macam tu, jadi buat lah yang mana mampu..
Suasana, well honestly Mekah banyak askar Pak Arab hensem..hehe :D .. Okay kat Masjidil Haram nih, dikawal ketat oleh askar lelaki, and they are everywhere, until luar masjid pon ade, but that one police traffic la. hehe. Unlike Madinah, sane askar perempuan. No No they are not wearing baju askar yee.. diorang pakai macm biasa la black and purdah, tpi diorang pakai tag and the are louuddd. ;)
Dekat Mekah, aku langsung tak nampak perempuan bekerja. Aku pegi Mall, aku pegi kedai bawah2 hotel, restoran, there is no staff woman. I wonder why.. hmmhh.
Dekat Mekah tak banyak sangat gambar, sebab banyak habeskan masa di Masjid. And untuk pengetahuan, it is forbidden to take picture inside the mosque, sama ada di masjid nabawi mahupun di masjidil haram. tapi aku tak tau kenapa diorang tetap amek jugak. Aku takut nak amek, kalau kita amek senyap2 pon, Allah tahu. Takut ditimpa ujian semasa buat ibadah tu nanti. Mak cerita, dulu ada org malaysia tu, tngkap gambar dalam masjid, sampai je kat malaysia nk tgk gmbar tu, tgk semua gambar jadi hitam.. Allahukabar, takut mendengar nye.
Ini adalah ketika dalam perjalanan ke Mekah.
On the way dari hotel ke Masjidil Haram
Head office of Masjidil Haram and Masjid Nabawi.
Kalau sampai sana, nampak burung, bercakap la dengan burung tu. Mintak tolong burung tu doakan kita andai kita ditimpa kesusahan. Atau kalau ada hajat pon boleh jugak. Beli makanan burung tu, sambil bagi burung makan sambil berhajat lah.. :) InsyaAllah.
Selepas solat Isya'
The Body Shop
Jalan-jalan di Mall berdekatan. Mall diorang bukan macam kita sebesar gedabak macam Midvalley. Diorang punye keciik je, macam 2 3 tingkat, itu pon semua Mall diorang bawah hotel. Dan diorang mostly jual perfurmes, Quran, ceramic, accessories, baju jubah lelaki perempuan and kids, also ada kedai emas.
Baskin Robbins
Burger King
Tiba lah masa untuk kami pulang ke Tanah Air. Rasa sedih sangat masa kali terakhir solat kat Masjidil Haram. Aku cakap kat Mak, I want to live here. Living here is so peaceful. No syaitan here. But then mak tanye, nak keje ape kat sini.. so yeah aku senyap. Aku tengok perempuan2 kat sana, wondering jugak diorang buat ape for living? hmmmh.. sebab kedai2 kat situu mmg langsung takde pekerja perempuan.
Akhir kata, aku sangat bersyukur. Moga apa yang aku dapat di tanah haram ini, segala apa yang aku nampak, apa yang aku rasa, dapat aku simpan sampai bila2.. Aku harap aku akan dipanggil lagi ke sana, dekat dengan Allah. Aku punye impian untuk kumpul duit untuk menunaikan Haji. Aku nak menunaikan haji dahulu kemudian baru aku akan fikir untuk travel bersuka ria. After what i have experienced aku taknak pergi Haji di usia tua. Andai ketika menunaikan Umrah ini, badan rasa sungguh letih, apatah lagi ketika menunaikan Haji, mesti lagi sangat letih.. Dan kalau ketika ini jumlah orang yang sangat ramai, apalagi ketika Haji, mesti sangat bertambah ramai juga. Maka aku berdoa dan memohon agar aku dimurahkan rezeki. Moga segala apa yang dilakukan diredhai dan diberkati Allah. Amin.
Sekian.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca pengalaman ku ini.
1 pendapat:
bestnyaa :')
Post a Comment