Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi.
Aku bersyukur ke atas nikmat dan rezeki yang diberi.
Alhamdulillah kerana dipermudahkan segala urusan ku Ya Allah.
Berakhir sudah Semester 4.
Sudah tentu terlalu banyak rintangan, kadang tak terdaya nak menghadapi.
Ingatlah Allah, selagi itu lah kita pasti dapat mengharungi dugaan-Nya.
Sesungguhnya yang mudah itu datang dari Allah, dan yang susah itu jugalah datang dari Allah.
Aku bakal menjalani latihan praktikal di SIRIM pada 15 Julai hingga 24 Ogos 2013.
Puasa.
Moga segalanya berjalan lancar.
Aku gentar sebab aku taktahu dan aku tak dapat bayangkan apa yang bakal terjadi.
Aku tak tahu kerja bagaimana yang aku akan buat.
Mungkin men-design sepanjang masa?
Mungkin menguruskan apa2 kerja yang lain.
Aku kurang pasti.
Aku takut aku tak dapat memenuhi kehendak mereka.
Aku takut, tak dapat bayangkan jenis orang yang bagaimana yang aku akan berhadapan.
Kerek ke strict ke tikam belakang ke cakap berbalik balik ke.
Moga Allah kuatkan hati aku, dan berjalan lancar urusan aku nanti.
Alhamdulillah, dekat dengan rumah dan puasa.
Tidaklah aku akan menggunakan banyak duit, mungkin dengan minyak sahaja lah.
Dapat balik awal, dapat berbuka dengan mak.
Memandangkan Mak bakal menghabiskan banyak masa berseorang sebab Ayah mengutip fitrah.
Honestly, kalau bertanya sama aku, memang aku tak setuju Ayah pergi mengutip fitrah.
Aku tau kerja tu baik. Aku tak menafikannya.
Aku cuma risau.
Ayah bukan kuat, tapi suka tunjuk kuat.
Itu lah Ayah.
Aku risaukan tenaga Ayah.
Selain kutip fitrah, Ayah juga bakal mengimamkan solat tarawikh setiap malam.
Dan membaca Al-Quran 30juzuk untuk arwah-arwah.
Satu hari satu juzuk.
Bangun sebelum sahur baca Quran.
Well in other view, im so proud of my Ayah. :)
Desas-desus mengatakan ade senior yang quit study.
Its just a few days to Degree Show.
Tidakkah menyesal?
Kenapa kita tidak boleh mengatasi stress yang keterlaluan dan mengambil langkah yang kurang bijak?
Mungkin dia taktau macam mana nak mengatasi stress.
Mungkin dia tak jumpa jalan penyelesaian segala kerunsingan.
Mungkin dia malas berfikir, malas nak menghadapi.
Rugi.
Atau mungkin sebab aku tak faham, sebab aku bukan berada di tempat dia, aku tak rasa apa yang dia rasa.
Mungkin.
Tapi, apa dia yakin dengan keputusan dia buat?
Apa perasaan ibu bapa dia? Yang mungkin menaruh harapan yang tinggi pada dia....
Sunday, July 07, 2013
June
Oleh Naimah Mohamed pada 4:20 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 pendapat:
Post a Comment