Assalamualaikum wbt.
Tersentak hati ini apabila aku mahu kongsi video Ayah yang aku rasa geli hati menyaksikannya, Siti dan Abang membangkang.
Aku tak pasti kenapa, katanya, memalukan sebab nanti orang akan cakap, "Ayah kau ni kenapa macam ni, memalukan, tak pandai cakap ke"
Sungguh tak faham macam mana mereka ada fikiran sebegitu.
Aku punya followers di Instagram yang majoriti nya terdiri daripada rakan kenalan aku.
Aku rasa mereka dah cukup matang untuk mentafsir sesuatu perkara itu adalah bodoh, lawak bodoh, tidak berkemampuan, sesuatu yang geli hati, comel atau seangkatan dengannya.
Dan aku pasti mereka faham akan perangai Ayah aku yang sporting, kerna aku sering berkongssi gambar2 Ayah yang memang menggelikan hati.
So kenapa tidak?
Kenapa aku tidak boleh berkongsi sesuatu perkara yang membahagiakan hati aku.
Perkara yang aku rasa aku ingin berkongsi dengan semua.
Bukannya aurat.
Aku tak berpendapat bahawasanya benda tu akan menjatuhkan maruah keluarga.
Tidak sama sekali.
Tidak aku malu dengan sikap Ayah aku.
Malah aku bangga dengan apa adanya pada Ayah.
Sunday, July 28, 2013
Oleh Naimah Mohamed pada 9:08 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 pendapat:
Post a Comment