Assalamualaikum
Sudah banyak post aku berfalsafah nampaknya. Ceh poyo je kan, falsafah lah sangat. hekhekhek. takde langsung bunyikk sastera kat post2 aku tu.. hihih..
So kali ni teringin pulak nak berceloteh panjang. Hari ini Malaysia gempar dengan masa depan negara. Aku seperti biasa, yang tidak mahu campur tangan, melayan dunia aku sendiri. Aku baru je balik dari Curve tengok Iron Man 3 untuk kali ke 2 dengan Acap and Faiz. Pastu pegi lepak kejap. Balik rumah, Abang cakap, "kau ni keluar tengok wayang, mengarut je, orang sibuk hal negara, kau pegi tengok wayang", pastu Ayah sambung, "memang lain daripada yang lain". Aku mampu tersenyum dalam hati je. :)
Entah kenapa hang out kali ni dengan Acap dan Faiz aku terasa sungguh muram. Aku kecewa. Aku tak enjoy. Aku sendiri pon taktau kenapa. Mungkin tak banyak cakap. Mungkin aku sebenarnye seorang yang boring. Mungkin aku tak serasi menjadi kawan keluar seronok2. Mungkin... Hmmh entahlah.. Yang pasti masaalahnye berpunca dari aku.
Aku sendiri pon taktau kenapa.
Kadang2 aku rasa macam aku sendirian kat dunia ni. Iye aku masih waras, Allah sentiasa bersama aku. Ape yang aku maksudkan di sini sebenarnye, apabila aku duduk rumah aku rasa lebih seronok. Sebab aku ada kawan kat rumah ni, iaitu emak dan ayah aku, serta siti, abang and kak ipar. Sebab tu kadang-kadang aku lebih prefer terperap di rumah. Kalau ye pon aku keluar, aku rela keluar bersendirian. Menikmati pemandangan moden kat bandar seorang. Sebenarnye kalau nak rasa dekat dengan Allah, nikmati lah segala keindahan kat luar sana tu, sedikit sebanyak kita akan sedar, betapa Agung nya Allah.
Acap pernah cakap dengan aku "Kau kene keluar rumah la Naimah", even Abang pon ade ckap "Kau ni asek dok rumah jer". Hmmmh...
Aku kadang2 tak faham apa maksud 'lepak' tu.. Err duduk2 minum2 mamak, bual kosong? Even dah habis modal nak bercerita pon still duduk melangok beramai-ramai? Tak boring ke? Bagi aku, buang masa. Aku cuba jugak nak lepak. Tapi bila aku nak try ajak orang, aku dah fikir, nanti nak cakap ape dengan dia? Macam tak banyak benda je nak sembang.. Terus cancel niat nak ajak dia keluar. Hmmh macam tulah aku. Aku selalu fikir ape yang bakal berlaku dan patut aku lakukan. Aku suke plan apa yang nak dibuat. Cuma jadi tak jadi tu lain cerita lah. Maklumlah kita hanya manusia biasa, kita merancang, Allah yang menentukan. Wallahualam.
Okaylah. Aku pon dah hilang modal nak membebel ape kat sini. Tadi macam banyak sangat. Sebenarnya mata dah mengantuk jugak. Runsing jugak fikir banyak kerja. Tapi tak buat. Aku. Hehe.
Moga hati yang sedang gundah gulana, sedih, kecewa, suram, dan apa2 lah yang kurang best tanpa sebab ni akan pergi setelah aku bangun esok. InsyaAllah.
Monday, May 06, 2013
Oleh Naimah Mohamed pada 1:58 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 pendapat:
Post a Comment