CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, March 09, 2013


Assalamualaikum..

Semester 4 telah bermula...
Dari UiTM Shah Alam pindah ke UiTM Puncak Alam.. Sebab, UiTM sedang melakukan proses pengurangan student di Shah Alam.
Aku setuju dengan tindakan mereka. Sebab, pagi-pagi di merata tempat mengalami traffic jam. Termasuk lah di dalam kawasan UiTM Shah Alam.. Kalah di sekitar roundabout Shah Alam (apa aku merepek?)

Aku dengan rela dan redhanya telah mengambil keputusan untuk ulang alik dari Shah Alam tempat tinggal ku ke Puncak Alam setiap hari untuk menimba ilmu. Perjalanan mengambil masa selama 35 minit. Tapi setelah ditolak tambah dengan traffic light yang banyak dan kereta yang beratur di area Batu Tiga, maka ia mengambil masa lebih kurang 1 jam. Penat? Iye. Itu sudah semestinya. Tapi aku selalu berdoa dan berniat aku hendak pergi menimba ilmu, moga hilang penat aku. Mengeluh. Perkara yang aku cuba elakkan. Bila mengeluh, akan timbul perasaan mengapa aku kene macam ni macam tu, bila dah perasaan tu timbul, maka kita jadi malas, tak suke dan menyampah. So tolak tepi mengeluh. Yakin boleh :)

"Kenapa tak sewa rumah? Kan dekat sikit."

Aku ada sebab kenapa aku tidak buat sedemikian. Aku punya ibu bapa. Iye semua orang ada ibu bapa. Tapi ibu bapa aku sudah tua. Sudah uzur. Iye ibu bapa anda pun dah tua jugak. Aku tau.. Tapi aku sayang kan mereka. Aku nak jaga mereka. Bukan jauh Shah Alam dan Puncak Alam. So aku rasa biarlah aku pulang ke rumah walau sedikit lewat sekalipun.
Kerana mak dan ayah, aku ulang alik dari rumahke puncak alam.
Mereka berseorangan di rumah. Maka aku merasa kan tidak wajar untuk aku tidak pulang ke rumah walhal rumah aku terlalu dekat untuk pulang. Malah aku punya kenderaan. Itu bukan halangan untuk aku tidak pulang.
Iye ibu bapa anda pun berseorangan di rumah.
Bukankah itu namanya pilihan. Terpulang pada kalian sama ada kalian rasa wajar untuk tinggal berasingan atau bersama di rumah.
Sendiri fikir.

Antara sebab lain. Aku cuba untuk berjimat cermat. Aku hanya akan menghabiskan duit aku untuk minyak kereta sahaja, dan sarapan mungkin, serta perkakas dan keperluan untuk kerja2 assignment.
Kalau aku menyewa, banyak perkara lain yang aku perlu fikir. Aku kena beli barang keperluan rumah, mandi, untuk bilik dan sebagainya. Aku kena bayar duit sewa rumah setiap bulan. Dan aku tetap bawak kereta.
Bukan kah duit seperti arus air yang deras disitu?

Aku si pemakan yang boros.
Kalau aku pulang ke rumah.
70% dijamin aku dapat berjimat dari segi makanan.
Aku dapat bertahan perut untuk tunggu hingga habis class dan makan di rumah.
Alhamdulillah. Selamat duit aku.

Aku mendidik diri aku sendiri. Mendidik bagaimana untuk melawan nafsu dari pelbagai aspek.

Semester lepas, duit pinjaman aku berbaki.
Moga semester ini turut berbaki juga.

Aku terima banyak komen negatif dari kawan-kawan.
Manusia.
Si peng-komen yang tegar.
Baik positif mahupun negatif.
Takkan lari dari sifat tersebut.

Aku terluka dengan si negatif-negatif.
Aku butuh senyuman dari kalian.
Aku berterima kasih kepada si positif-positif.
Aku kuat dengan kata-kata semangat kalian.

0 pendapat: