Genaplah sebulan arwah meninggalkan kami.
Hati aku mengatakan, korang mesti pelik kenapa aku sedih gila babs kakak aku meninggal. "Eleh kakak je kot yang meninggal, bukannnye mak ke ayah ke yang meninggal, lain la kalau parents yng meninggal, boleh lah nak meroyan bagai.. ni kakak je, ape lah sangat kakak tu"
Aku taktau la ape betul ke tidak firasat aku tu. Wallahualam.
Dari dulu lagi aku nak cerita pasal Kakak, tapi belum kesampaian, terlalu banyak yang nak dihuraikan, nak diungkapkan.. Kalau dikenang kembali.... tears drop, itu yang aku tak larat tu... penat nak menangis..
Tapi aku akan sedikit sebanyak cerita pasal arwah.
Beliau merupakan idola aku.
Dia pencetus semangat aku.
Aku berada kat sini, berdirinya aku disini, sebab kakak.
Aku belajar sampai ke tahap ni, sebab kakak.
Aku ada kat department graphic ni, sebab kakak.
Hampir kesemua barang2 kepunyaan aku, milik kakak.
Barang2 untuk kegunaan aku belajar, kakak yang tolong aku beli.
Setiap langkah, setiap perkara yang aku buat, semua dari kakak.
Aku belajar berdikari, dari kakak.
Aku belajar bergaul dengan orang, dari kakak.
Aku belajar macam mana nak membeli barang kat kedai, dari kakak.
Aku belajar macam mana nak order makanan, dari kakak.
Aku belajar untuk jadi berani, dari kakak.
Aku belajar makan guna sudu dan garpu, dari kakak.
Kakak selalu tegur jangan menyanyi time makan.
Kakak selalu tegur suruh makan cepat, sebab dia tau aku ni mmg seorang yg lambat.
Kakak ajar aku supaya jgn buang masa, jangan lambat buat kerja.
Kakak selalu bawak jalan ke sana sini, bagi aku tengok dunia.
Kakak yang mengajar aku erti dunia.
Kakak backup aku untuk blaja pasal art, sampai mak ayah setuju, sbb deme bangkang habes habesan..
Kakak tolong belikan DSLR, dengan lens panjang skali, untuk aku gune for studies.
Kakak selalu ajak aku pegi tengok wayang kalau ade movie best.
Aktiviti yg selalu kitorang buat skali ngn CT, karoeke. Tak pernah miss everytime aku balik cuti semester.
To be continued....
Sunday, October 14, 2012
Kekanda tersayang.. Part 1
Oleh Naimah Mohamed pada 3:02 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 pendapat:
Post a Comment