Dulu, before datang Sarawak, mak dah pesan awal-awal, "nanti sampai Sarawak nanti, jangan la cari kawan lelaki orang sarawak ke sabah ke, nanti kalau kahwin susah, jauh" (dengan nada manja)
Maka, aku pun angguk sambil berkata yerlah mak.
Hampir tiga tahun aku kat Sarawak ni. Mata aku sentiasa melilau-lilau mencari-cari.
Aku prefer serious relationship. Aku kurang suka nak couple clash couple clash. Memenatkan. Menyakitkan. Membuang masa.
Serious aku tu bukanlah bermaksud, terus jumpa, bercinta, terus kahwin. No. Aku just nak stick to the one je.
Share everything together. Laugh together. And everything together.
Tapi kenapa selama aku kat sini, aku tertarik dengan Sarawakian and Sabahan? I tell you, semua budak Semenanjung kat sini dah ada girlfriend.. Hampa tau dok? And aku berpendapat bahawasanya, lelaki Sarawak suka perempuan Sarawak, dan perempuan Sarawak suka lelaki Semenanjung. Sabah, taktau lah pulak aku kan. Sebab aku kekurang kawan Sabah disini. Tapi lain orang lain akal fikiran nye kan. Itu apa yang aku lihat la.
So, lelaki pertama yang aku suka Sarawakian. Aku malu sebenarnya nak mengimbau kembali di saat2 aku tergila-gilakan dia.. Sebab, bapak lawak gile.. Aku terasa bodoh sekarang. haha. So aku tunggu dan menahan diri selama setahun setengah, barulah aku confess kat dia. Tapi, aku dah tau aku tak akan dapat jawapan yang positif. ;) so aku redha. :) Dan perlahan-lahan aku berjaya lupaka dia. Alhamdulillah. Kalau korang tanya sekarang aku suka dia lagi ke tak? Jawapan aku adalah, dia adalah sebuah kenangan lama. Aku tak mengharap apa-apa dari dia sekarang ni, aku ada life aku sendiri dan dia pon ada.. Life must go on.. :) Dan aku anggap, perasaan aku kat dia dulu tu, hanyalah cinta monyet yang kedua dalam hidup aku..
Kemudian, jumpa pulak dengan mamat Sabahan.. aku mengaku, aku sangat suka dia ni. Kenapa? Biarlah Allah sahaja yang tahu. Dan aku pasti, dia dapat membimbing aku ke arah jalan yang lurus. Korang jangan lah salah faham pulak yang aku ni sesat ke apa.. haishh..
Dah nak dekat satu tahun setengah jugak rasanya. Aku pun lupa.
Dia tahu aku suka kat dia. Aku dah confess kat dia, tapi secara berkias. Aku harap dia faham dan aku rasa dia faham. :) Dia? erm.. biar lah aku sorang je yang tahu.. Sebab aku rasa, korang tak akan faham situasi dia.. Dan aku taknak korang simply buat kesimpulan tanpa tau cerita sebenar.. (terasa macam artis lah pulak.haha)
For sure, aku sedang menunggu dia dan masih akan menunggu.
Sebenarnya aku sangat berharap, dia dapat degree kat Shah Alam, but sadly dia dapat kat Sarawak again. Aku kecewa sebenarnya.
Tapi aku selalu tunjuk kat orang yang aku kuat, tegas! bak kata Nijam (takde kene mengene, haha) Aku kurang suka meratapi dan menunjuk kesedihan. Cehh.. Haha.. But its true! Hehe. Eazy cakap aku hiporkrit sebab aku main sorok2. Tapi, sorry lah kawan, ini memang dah style aku sejak dari dulu lagi ;)
Elia cakap, kalau ada jodoh, pasti jumpa lagi. Jafa pon cakap, kalau dah jodoh kitorang, ada la tu nanti. Maka, aku sedikit bersemangat.
Tapi.. si dia cakap "rezeki saya kat Sarawak, Naimah" Oh tak berkecai pulak hati aku enn. haha.
Dont worry aku 'kuat' :)))))) <---tengok saya senyum lebar. hehe.
Aku taktau nak buat apa sekarang, patut dan haruskah aku tetap menunggu dia?
Aku tak ada jawapan.
Ya Allah, berilah aku petunjuk.
Aku dah bagitahu mak, informally. Tapi aku tak cakap detail, just cakap "maakk, kitee suke ngan sorang ni laa... dia orang sabah" (dengan suara manja dan ngada2 aku.haha) Lalu mak cakap dengan manja jugee "alaaaa kenapa adek cari yang jauuuh2? dah la kakak dengan orang Pakistan, jauh. Ni adek nak ngan orang jauhh jugaak.. aduuuhh.. sape nak dok rumaahh nantii?? cari laa yang dekat2" Aku terdiam.. dan tukar topik.
Sebelum ni aku ingat, mak pasti okay kalau aku suka dengan orang jauh2, sebab kakak pon kahwen dengan orang jauh. so i dont think it is a problem. tapi... (sigh)
Mak, adik nak mintak maaf sebab tak dengar dan tak amek serious pesan mak dulu.. tapi, hidup ni Allah yang menentukan segalanya. Adik tak dapat nak ubah takdir Allah.
Mak, adik suka kat dia...
(nak peluk mak!)
Apa-apapun, aku sentiasa akan mendoakan kejayaan dan kebahagiaan orang2 di sekeliling aku.. ;))
Aku telah berjaya mengumpulkan segala kudrat aku untuk berkata-kata pasal dia kat sini. Congrats to myself. Haha. Aku harap dia baca dan aku harap dia tak baca. Erk..
Well i dont think so lahh. So Naimah, chill! he wont read your blog lahh.. He always busyy..! ;DD


0 pendapat:
Post a Comment