CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, September 04, 2011

HARI RAYA 2011

Assalamualaikum korang. Puasa sebulan sudah dilaksanakan, Tibanya Syawal untuk diraikan. Sepuluh jari kuhulurkan. Harap kesalahan ku dapat diampunkan. (ceh sejak bila pandai berpantun nih, PROUD, hhahaha)

So, as usual, after solat sunat raya aidilfitri baru lah mulakan perjalanan ke kampung yang tercinta, Kg Gajah, Perak. Bukan kat Kg. Gajah, actually between Kg. Gajah and Sungai Galah. rumah nenek kat tepi jalan raya. so tktau ape exactly name tempat tu. Even tanye mak, kejap ckp yg tu kejap ckp yg ni. (tgk mak pun, rumh sndiri pon xtau alamat)


But, before balik tu plan nak pegi Bagan Datoh dulu, nak melawat Ayah Ngah yg tengah sakit. Kesian dan sedih. Susut gile badan die. Tua setahun dari ayah, 67 tahun. Dah lah tak ada anak. Mak Ngah pon nampak uzur sungguh. Tambahan Ayah Ngah mata tak nampak, sebab masa kecik, mata dia masuk cacing kerawit. Lambat berubat, mata jadi buta. So bergantung kepada MakNgah ajelah. Pengajaran, walaupun kita tak ada anak, mesti amek anak angkat sekurang-kurangnya, supaya, di hari kita tua, ada orang yang akan menjaga kita, jangan harapkan anak buah. Kerana anak buah dan anak angkat lain layanan nya.

Dan jalan, mak ai punya lah jammed. Ikut jalan dalam, kwsn kampong. dri 3 jam setengah jadi 7 jam -,- (sangat melampau)


After, tgk ayah ngah, terus ke kampung, singgah raya rumah Pakcik Patur first, takut nanti tak sempat singgah. We were talked about arwah nenek. kat rumah, lepas solat, tak dapat makan rendang, mak tak masak. So kat rumah PakcikPatur, memang puas gilee lah (speechless, haha)

Then, baru pegi rumah nenek but now jadi rumah Pakusu sepatutnya. Alhamdulillah, kami sampai dengan selamatnya, and semua family pon ada, tak semua la sebenarnya. Sangat gembira jumpa pakcik2 and makcik, terubat rindu. Psst Makusu kata saya dah kurus. (ahha, padahal tak ;D) And rasa segan gila nak tegur Zahir. sebab dah lama tak bercakap, and setelah pahit manis yang dilalui, entahlah, felt really weird that time. Tapi lama2, tegur jugak lah. Daaann, ianya sangat scary bila he called me 'kekasih gelap' and 'sayaang' !! No!! real boyfren! please save me! Im scared!! :((
and depan2 family belah mak dia, he introduce me as his makwe!! erghh! Noway man!

Then,malamnya, before tidur, we, all th
e cousinss watched video arwah nenek, then sembang2 pasal arwah, routine yg selalu buat with her, Hmmh we miss her because this year, tahun pertama raya tanpa nenek.

then, raya ke-2, pegi raya rumah MakcikRohani and had lunch there, then melawat kubur2. Then pegi Batu Gajah, rumah sedara ayah.



Then, malamnya, pegi Ipoh, tidur rumah CikInor, sebab nk ukur bdan kakak untuk baju pengantin and nak pegi butik Kak Awa jugak. Before balik, tangkap gambar ngn Abang dulu. Tak pernah tangkap complete adik beradik macam ni. Well, abang saya tak suka tangkap gamabr. Sebab tu susah sangat. Kalau amek candid, nnt dia marah. Takut. Ni pun Ct yang ckp. Time kecik diorang rapat, sebab beza umur setahun je. And Alhamdulillah, selepas segala rintangan, halangan dan ujian Allah yang dilalui, dan berkat doa mak dan ayah, akhiranya, pintu hati abang terbuka untuk kami. Aku bersyukur ke hadrat Illahi.


Keesokan paginya, baru lah pegi butik kak Awa, usha2 ape yg patut, ceh mentang2 cousin punye kedai, maen amek je. Ouh Ct start first, i follow je. haha. Ouh yeah, Kak awa dah ada baby, Emilly. Lama tak main ngan baby, so aku jaga lah, bak kata CikInor, 'ngantung, ngantung opahh~~' okay melekat pulak ayat tu. By the way, ngantung tu bahasa banjar, bermaksud, sayang.


Sekian, Maaf zahir batin jika terkasar bahasa.

0 pendapat: