CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, April 10, 2011


saya jeles bila tengok lelaki dan perempuan sedang hangat bercinta
dating, bermanja2, dapat teman si dia ke sana ke mari
ada ikatan yang istimewa antara mereka
dapat cerita kesemua gossip2 terhangat antara satu sama lain
malah dapat berkongsi suka dan duka antara satu sama lain
di samping itu
jika si dia tiada kawan, masih ada si dia untuk menemani kamu
jika berlaku selisih faham. si dia pasti memihak pada kamu
walau dia tahu, itu salah kamu
jika kamu tidak dapat kasih sayang dari rakan,
masih ada si dia untuk menyayangi kamu

tapi

saya tak suka bila kamu mencampur adukkan hal kerja dengan hal peribadi kamu
kamu bermanja-manja dengan si dia di depan kawan terdekat kamu
kamu berdrama di depan kawan kamu
kamu sentiasa kata 'okay' kepada si dia
kamu melebih lebihkan si dia di depan kawan-kawan kamu
kamu kata 'tidak' kepada kawan kamu
dan
kamu kata 'ya' kepada si dia di depan kawan kamu
kamu sanggup bergaduh dengan teman-teman kamu demi kepentingan kalian berdua
apa yang cuba kamu buktikan?
bahawasanya cinta adalah nombor satu?
cinta adalah segala-galanya??

sigh*

Kadang-kadang, tengok pasangan merpati, jeles jugak. Ye saya mengaku. Maklum lah saya ni tak ada boyfriend mahupun kawan lelaki yang istimewa. Paling tidak pun kawan rapat je, itupun kejap on kejap off. Bukan tak mahu bercintan cintun nih. Tapi tu lah tak ada orang yang nak kat kita. Maklumlah kita ni bukan nya cantik pon. Gemok pulak tuh. Kulit hitam pulak tuh. Lelaki sekarang susah nak cari yang baik2. Lelaki sekarang taste diorang makin meninggi. Susah nak cari lelaki yang sanggup terima yang seadanya. Kalau ada pun mesti ada salah satu ciri-ciri wajib ada. Terutama sekali, kulit putih dan gebu. Kalau difikirkan kembali. Macam mana kalau seorang gadis tu, dah cukup sifat dan cantik, tapi warna kulit, tak putih tak gebu. Sudi kah kaum Adam menerima dia? Well, hati saya berkata, tidak. Lelaki mahu kan yang sempurna pada bakal isteri nya, begitu juga wanita. Tapi, kalau lelaki-lelaki kat dunia ni, dah dapat semua wanita yang berkulit putih dan gebu, macam mana bagi mereka yang berkulit gelap? siapa yang akan membahagiakan mereka? Tidak kasihan kah kamu wahai kaum Adam? Tidakkah kamu ingin menolong mereka? Tapi jangan pula kamu menolong mereka kerana sifat kasihan kamu pada mereka.

Kadang-kadang, hati aku sungguh desperate mengatakan aku mahu ada boyfriend, macam orang lain. Aku jeles tengok merpati yang lain hangat bercinta. Bukan apa, aku cuma rindu dan ingin rasa perasaan bercinta sekali lagi. Sering aku bertanya kepada hati aku, kenapa orang lain boleh dapat boyfriend dengan sekelip mata sahaja? Dan kenapa susah sangat untuk diri aku dapat boyfriend macam dia? Adakah sebab taste aku terlalu tinggi? Okay mari aku senaraikan,

1) Berpelajaran
2) Tinggi dari aku
3) Pandai buat aku tersenyum dan ketawa
4) Hensem
5) Ada kereta untuk bawa aku berjalan2. ;D
6) Selesa untuk bercakap dan bercerita (bukan seorang yang pendiam)
7) Knows how to make money
8) BUKAN seorang yang panas baran

Okay, apa pendapat anda? tinggi sangat ke taste saya tu? Ouh ye dalam list tu, takde mengatakan saya mahukan seseorang yang penyayang, faham diri saya and so on kan, well takkan lah bende macam tu kene list kan kot. Tell me, sape yang mahu pasangan yang tak faham diri kita? sapa yang mahu pasangan yang tak sayang diri kita? Its just benda tu perkara wajib kan. ;)) By the way, di sini, ingin sekali saya menekan kan ciri-ciri berpelajaran, pandai buat saya senyum dan ketawa juga bukan seorang yang panas baran, dan tinggi..tinggi sikit pon jadi lahh... saya tak mahu yang sama tinggi, nnti bila saya pakai heels, dia nampak pendek ;( kesian kat awak.
Dan ciri-ciri yang saya nak tu sedikit materialistic kan? well.. ahha.sorry lah Mat.
Manusia ni kadang-kadang, walau banyak mana pon dia senaraikan ciri-ciri lelaki yang dia nak, tak semestinya semua ada kat bakal laki dia. Ala kadang2, kita ni poyo je nak senaraikan ciri2 tu, konon, aku nak yang putih gebu, aku nak yang kurus, ramping, aku nak yang maskulin, yang tough badan dia, ada 6 pax bla bla bla...tiba2 nanti dah sampai jodoh semua benda yang kau senaraikan langsung tak ada kat bakal isteri/suami kau tuh..

Maka di sini ingin sekali saya mengatakan, jangan lah kita terlalu mengikut atau bergantung kepada ciri-ciri bakal pasangan kita. Kalau tidak diri sendiri yang binasa nanti. Terimalah pasangan mu yang seadanya, walau gemuk macam badak sekali pun, walau hitam macam arang sekali pun, walau kurus macam lidi sekali pun,walau perangai macam syaitan sekali pun. Segala-gala nya dapat diubah dengan keizinan Allah SWT.

Apa pendapat korang, if jodoh korang ditentukan oleh ibu bapa? Korang percaya ke cinta selepas kahwin? Bagi aku lah kan. Aku percaya dengan jodoh yang ditentukan oleh parents asalkan, kedua-dua belah pihak setuju dengan sepenuh hati.. Aku boleh terima dia seadanya dan begitu juga dia. Kalau korang tengok cerita Adamaya, mesti korang pon setuju dengan pendapat aku nih kan. Tapi aku bukan cakap yang aku percaya cinta selepas kahwin lepas aku tengok cerita Adamaya tu. Aku memang dah lama percaya dan setuju dengan statement tu dari awal lagi.

Akhir kata, sentiasa berdoa lah kepada Tuhan agar kita dicepatkan bertemu dengan jodoh yang baik dan sempurna dari segi fizikal dan mental dan dapat membimbing kita, kaum Hawa ke jalan yang benar. Amin.

1 pendapat:

Anonymous said...

Every ass loves to hear himself bray.