CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, December 25, 2009

its 2010

well yeah mari berbahasa baku

Sebenarnya saya berasa sedikit sedih kerana pada tahun ini dimana akan menjelangnya tahun baru iaitu tahun 2010, saya tidak akan menyambutnya di rumah saya. Ini kerana saya harus pulang ke Sarawak, tempat di mana saya melanjutkan pelajaran demi masa depan hidup saya. Walaubagaimanapun, saya juga berasa teruja untuk merasa bagaimana keadaan menyambut tahun baru di negeri orang. Saya harap ini akan menjadi salah satu pengalaman yang indah dalam hidup saya.

Saya pasti rakan-rakan yang membaca blog saya, pasti tertanya-tanya, kenapa saya pulang awal ke UiTm sedangkan kuliah bermula pada 4 Januari 2010. Salah satu sebabnya ialah saya sudah membeli tiket. Saya membeli tiket sebelum pihak UiTM menukar jadual. Menurut jadual yang lama, kuliah akan bermula pada 28 Disember 2009. Kemudian mereka menukar tarikh tersebut kepada 4 Januari 2010.

Seperti kalian, saya juga mempunyai azam untuk tahun baru
1)Cuba untuk menjadi orang yang baru
2)Berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mendapat yang terbaik
3)Berdoa semoga 2010 akan menjadi tahun yang bertuah untuk saya serta keluarga terutama kakak, dan mak ayah
4)Harap akan jumpa seseorang (cewah, haha)

Sekian, terima kasih. Walau apa-apa pun, pada tahun baru yang akan datang ini, saya tidak mempunyai azam yang banyak. Saya cuma berharap saya serta keluarga mendapat yang terbaik, dirahmati Allah dan di murahkan rezeki serta yang seadanya.

"Ya Allah sempena tahun baru ini, kau rahmati lah kami sekeluarga, murahkan lah rezeki, kuatkan lah iman kami menempuhi cabaran dalam hidup di dunia serta di akhirat. Ya Allah aku memohon kepada mu agar permudahkan jalan hidup kami. hanya engkau lah yang menjadikan susah itu mudah dan yang mudah itu susah.Amin"

0 pendapat: