Sejak saya bertukar sekolah, dari SMK Seksyen 19,Shah Alam ke SMK Assunta, Petaling Jaya pada tahun 2007 banyak yang telah berubah. Antaranya saya dapat kawan baru, itu memang perkara biasa bagi manusia, setiap tahun kita akan mendapat kawan baru. Tapi bagi saya perubahan yang dialami amat ketara.
SMK Assunta adalah sekolah yang amat saya sanjungi sejak dari awal lagi. Kerana bagi saya sekolah ini adalah sekolah yang berprestasi. Semua adik beradik perempuan saya telah bersekolah di sekolah ini, termasuk saya. Dengan adanya kakak saya yang telah bersekolah di sini, ia telah menguatkan semangat saya untuk bersekolah di SMK Assunta ini. Disebabkan, jarak rumah saya yang agak jauh dari sekolah, saya terpaksa pergi ke sekolah dengan sendiri; menaiki bas U64 dari Seksyen 19 pada pukul 6 pagi dan berhenti di stesen bas KWSP,Petaling Jaya. Kemudian saya menaiki bas yang lain untuk ke sekolah dari SMK Chatholic dan berhenti di SMK Assunta, U66.Dan begitu juga ketika hendak pulang ke rumah. Sudah tentu ia memenatkan, tapi bagi saya ia hanyalah cabaran dan dugaan untuk mengajar saya hidup berdikari.
Persahabatan yang rapat antara saya, shasha, aira, jaja, effy, ezza, dan ikha mula terjalin ketika akhir tahun 2007. Dan menjadi semakin rapat apabila meningkatnya usia kami ke 17 tahun pada 2008. Pada tahun 2007 saya amat rapat dengan shasha tetapi pada tahun 2008 saya mula lebih rapat dengan jaja dan aira. Sememangnya mereka adalah rakan yang amat baik hati dan penyayang serta jujur. Keluarga mereka yang tergolong dalam golongan berada membuatkan saya rendah diri terhadap mereka, dengan sikap mereka yang baik hati,tidak sombong serta tidak kedekut membuatkan saya berasa selesa berkawan dengan mereka, terutamanya Jaja dan Shasha. Saya amat menghargai mereka kerana mereka adalah manusia terbaik yang pernah saya jumpa di dunia ini. Kehidupan mereka yang lebih bersosial dari saya membuatkan saya lebih ingin berkawan dengan mereka. Seperti kata Aira, "Naimah lepas SPM aku nak bawak kau jalan2 supaya kau boleh nampak dunia sebenar". I LOVE YOU GIRLFRIENDS. Tapi saya sedih kalau awak kata nak keluar beramai-ramai tapi susah bagi saya sebab saya tinggal jauh dari awak semua. Bagi saya, walaupun saya tinggal berjauhan dari awak semua, tolonglah jangan jadikan ia penghalang bagi kita semua untuk keluar beramai-ramai. Saya tak pernah fikir seperti itu. Saya tidak pernah mengambil peduli sama ada tempat tinggal saya jauh dari awak. Sebab saya dah fikir dari awal, saya sekolah di Petaling Jaya sudah tentu ramai kawan saya di Petaling Jaya. Kalau sekolah jauh, kawan mesti jauh juga. Tak kisah.
Kawan saya di Shah Alam lain pula ceritanya. Lina, Zatty, Afiqah, Atieqah dan ramai lagi. Semuanya seperti lupakan saya.
Thursday, December 18, 2008
2007 and 2008 belum siap
Oleh Naimah Mohamed pada 6:13 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 pendapat:
Post a Comment